Personal Class Jana – Pembaharuan Lesen SSM

2 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

1 Jun 2024 – NADI Linggi telah mengadakan personal class untuk Jana mengenai cara untuk memperbaharui lesen SSM di dalam Ezbiz Online.

Peserta adalah merupakan usahawan housekeeping atau kerja-kerja pembersihan. Sebelum ini, peserta hanya berurusan di kaunter SSM berdekatan di tempatnya untuk memperbaharui lesen SSM dan kali ini peserta datang ke NADI Linggi untuk membuat pembaharuan lesen SSM secara online.

Peserta diperkenalkan dengan laman web ezbiz online khas untuk SSM. Selain daripada itu, peserta diajar cara untuk memuatnaik dokumen lesen SSM setelah diperbaharui.

Terima kasih buat peserta di atas kehadiran kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali